Search

KEMBARA KERJAYA BERSAMA MDB (SIRI 1)

Se...

  • Share this:

KEMBARA KERJAYA BERSAMA MDB (SIRI 1)

Semua orang bekerja atau kena bekerja bagi hidup. Bekerja satu keperluan kehidupan. Mencari kerja satu tuntutan. Bersedia bagi bekerja satu kemestian. Malah, orang yang tak bekerja jadi satu liabiliti kepada keluarga & masyarakat. Antara tanggungjawab kerajaan yang utama ialah menyedia & memudah cara peluang pekerjaan. Imam al-Qarafi menyebutkan bahawa asal kejadian manusia sepaturnya bekerja mencari rezeki (al-kasb) bagi diri sendiri.

Tak perlu malu mencari kerja. Tak perlu teragak2 bercakap tentang kerjaya. Yang perlu malu tak bekerja atau tak nak bekerja.

Saya mula bekerja sejak berumur 5 tahun. Sekarang (masa coretan ini ditintakan), saya berumur 57 tahun 6 bulan. Pelbagai bentuk kerja & kerjaya saya lalui. Ada yang saya cari & minta. Ada yang diberi. Ada yang tak sangka2 dapat.

Dalam tempoh hampir 50 tahun ini, saya amat setia & bekerja kuat. Saya sentiasa tingkatkan usaha & prestasi saya. Saya akan ceritakan ini semua. Sepanjang tempoh ini juga, saya hanya meletak jawatan 3 kali & ditamatkan awal hanya sekali. Sampai sekarang saya tidak faham kenapa saya ditamatkan awal dalam keadaan tergesa2 & banyak kesilapan prosedur. Posisi saya sebagai Pengerusi YaPEIM ditamatkan dengan alasan yang amat naif yang hanya diketahui selepas penamatan. Inilah nasib dalam kerjaya. Ada naik & turun.

Kerja pertama saya menolong abah mengutip kayu api dari pokok getah di Bedong, Kedah (berhampiran Sg Petani). Saya berumur 5 & 6 tahun. Anak kecil (seperti dalam foto) akan berjalan jauh ke dalam ladang2 getah mencari kayu kering. Dikutip & diikat. Dibawa ke pekan Bedong pagi & petang bagi dijual bagi beberapa sen hasil jualan.

Setiap kali dapat hasil jualan, abah tidak pernah mengambilnya. Ia hak saya. Saya mula membeli barang2 keperluan saya (berus gigi kegemaran), alat permainan (gasing, guli, dll) serta simpanan.

Sifat bekerja yang baik; tidak malu bekerja. sepenuh hati (baca: ikhlas), berani & konsisten. Saya okay dalam semua melainkan berani. Saya amat takut dengan pelbagai ular di ladang getah & kadang kala bunyi gauman harimau.

Kerja adalah ibadah tahap tinggi. Kerja saya juga menemani abah & berbakti kepada keluarga.

MDB


Tags:

About author
not provided
Pengerusi Eksekutif Amanie Group, Presiden IIUM ke 8, Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara
View all posts